Monday, 31 July 2017

4 contoh Kraftangan di Malaysia

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

Definisi Kraf

"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

Contoh kraftangan pertama ialah songket :

Image result for songket






Malaysia Songket  Songket is a fabric that belongs to the brocade family of textiles of Indonesia, Malaysia and Brunei  It is hand-woven in silk or cotton Stock Photo - 30414653
















Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut:

Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat, menyongket, menekat dan menenun
TEKNIK PEMBUATAN KAIN SONGKET

Mewarna Benang
Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang
Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan
Menganing
Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian
Menggulung
Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung)

Menyapuk
Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat
Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Menyongket
Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Menekat
Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.

Menenun
Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau ‘kei’ dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.



Contoh bagi kraftangan ke-2 ialah bakul:

Image result for bakul buluh

Image result for bakul buluh

Bakul


Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa teknik digunakan bagi menghasilkan bakul di mana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang satu sentimeter terlebih dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah dijemur beberapa lama sehingga kering. Bahagian dalam buluh itu hendaklah dibuang kira-kira setebal 0.5 cm. Saiz bakul yang dihasilkan adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas/dasar bakul. Bilah-bilah buluh tersebut dianyam secara bersilang dan kemudian antara bilah-bilah buluh tersebut diselitkan. Ia dilakukan secara berterusan sehingga membentuk sebuah bakul. Bakul akan diwarnakan menggunakan varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik.
Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menyukat, menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas daripada buluh, bertiang buluh sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan atau mengisi beras atau padi.
Bakul lengkung pula berbentuk cekung dan beranyam rapat digunakan untuk mengisi beras, padi, kekacang dan sebagainya.
Bakul tapis adalah bakul yang digunakan untuk menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh.Biasanya bemban digunakan untuk bakul bagi tujuan lain.

ANYAMAN BULUH

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.

Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.

Menyalai

Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.


kraftangan seterusnya ialah tembikar sarawak:








































Pasu Orang Iban Sarawak
Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau.

Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.

Cara membuat tembikar sarawak.

 Pembentukan Labu Sayong
Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

Corak
Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.

Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.

Kegunanaan dalam Kehidupan Harian
Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

Harga bagi pasu seramik atau tembikar ini antara Rm100 - Rm300 mengikut besar dan corak yang di hasilkan .


Kraftangan seterusnya ialah Batik.

Image result for batik

Image result for batikRelated image

















  Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kini seni tekstil inisemakin digemari oleh semua malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negara.


Jenis-jenis dan teknik Batik 
1.Batik Blok -Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak 2.Batik skrin -Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker 3.Batik tulis -Batik yang menggunakan alat canting dan lilin untuk menghasilkan corak 4.Batik pelangi-Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
Alat dan bahan untuk membuat batik canting
1 canting
 2 damar  
3 lilin
 4 warna batik  
5 pemati warna (sodium silicate)
 6 bingkai kayu
 7 periuk  
8 kain putih (sutera, fuji, kapas)  
Proses penghasilan Batik.
1. Lukis corak atas  kertas.
2. Letakkan kain di atas lukisan bercorak dan buat salinan perdua.
3. Rentang kain pada peimdang kayu menggunakan paku tekan.
4. Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis.
5. warna corak yang dicanting.
6. Sapu pemati warna di atas kain.
7. Biarkan kain selama 8 hingga 10 jam, kemudian basuh sehingga bersih.
8. Rebus kain di dalam air.
9. Jemur kain yang telah dibersihkan.